Ketenangan membawa sesuatu

Tika aku membawa diri,
Mencari ketenangan didalam hati,
Banyak sudah halangan yang ku tempuhi,
Tanpa teman bersama ditepi.

Melihat dunia yang tidak pernah sepi,
Tertanya tanya apa yang ku cari.

Ku renung langit yang membiru,
Kelu lidah melihat ciptaan mu,
Memikirkan kembali kesilapan silamku,
Mematangkan diri yang kaku.

Oh tuhan,

Masa yang terindah adalah bersamamu,
Menyahut seruan untuk sujud kepada mu,
Alunan kata kata mu yang indah,
Menitis air mata mencecah ke tanah.

Jauh  ku pergi berjalan,
Banyak yang aku dapat sebagai pengajaran.

1001 kerenah aku jumpa,
Semuanya tidak sama,
Begitu juga aku,
Diri ini kena belajar menerima.

Satu hari aku bawa perasaan bersama sama,
Bercakap dengan diri begitu lama.

Sabar dan toleransi membina diri,
Satu ungkapan yang menyentuh hati,
Biarpun dari seorang lelaki,
Membuat aku supaya tidak lari.








SEDARKAH DIRI

Ramai yang tak bersyukur dengan benda yang berada di sekeliling ..........

Hari ini aku kenal kasih sayang seorang ayah,

Mungkin dia tak mampu nak tunjukkan kasih sayang ...
Jauh disudut hati amatlah ikhlas membesarkan anaknya yang tercinta...

Nak dijadikan cerita ....

Petang tadi roomate aku kata bapak dia nak datang sekolah ...
Dah nak sampai katanya ...
Tapi lama aku tunggu sebab nak jumpa bapak dia...
Rasa pelik dalam minda berlegar2...

Dekat dengan pukul tujuh .... barulah ayah dia sampai ...
Terhenjut2 berjalan...
Aku mula rasa pelik...
Tangan macam tak berfungsi...

Aku pun tanya kenapa???
Roomate aku kata jatuh motor ...
Tadi jalan licin hujan..

Aku pun tanye kenapa dia datang ....
Katanya untuk hantar ubat...
Sebak rasa hati ini dibuatnya ....

Hanya kerana beberapa kotak ubat ...
Insan yang bergelar bapa sanggup menunggang motor dengan sebelah tangan retak.....
Tambahan lagi jalan licin ...

Jadi tak kisah seteruk mana parents kita .....
Hargai lah mereka selagi mampu....
Sekali seumur hidup je ada ibubapa kandung....



TERDETIK DIHATI INI .....

Apa yang aku cari dalam dunia ni ???

Tatkala sunyi sepi menguasai hati , terbuka satu ruang bersama ilahi ......
Tuhan kenapa mesti aku ...... bukan dia , dia dan dia ....
Kemana kau mahu bawa aku pergi wahai yang maha kuasa .....
Kenapa jalan ini yang engkau coretkan untuk aku ilahi ..........

Jauh di sudut hati berjalan satu insan yang bernyawa tapi tidak berpenghuni .....
Terkesan insan itu bila diri sunyi , bila diri marah dan sebagainya ....
Tapi kenapa tuhan ,
ini yang kau catatkan......

Hilang jasad menyepi,
dan sunyi minda buat seketika ....
Jauh mana aku cuba menyembunyikan jasad  .........
Tapi minda sentiasa berpinar mencari sesuatu yang kurang .....

Terdetik kenapa didalam hati .....

Melihat sahabat yang riang gembira , duduk bermain bersama ,
Tapi kenapa aku tidak merasa semua itu ......
Aku sudah bersama mereka pada waktu yang sama, bermain bersama ....
Tapi kenapa aku tidak merasa semua itu .....

Ya tuhan apa sebenarnya yang kau cuba tunjukkan ...
Diri ini hina tapi kau letak bersama insan insan berharga ...
Diri ini lemah tapi kau letak bersama - sama orang yang kuat ...
Tersisih diri bila cuba membina satu ikatan ,
Yang biasanya semua ciptaan terindahmu memanggil sahabat....

Ya memang aku lemah tidak berdaya .....
Memang aku hina dibanding dengan mereka .....
Tapi ini amat berat untuk ku bangkit semula .....

Suatu hari datang seorang hambamu kepadaku .......
Dikoreknya insan yang jauh didalam hati keluar ......
Keluarlah  ia perlahan lahan melihat dunia yang samar  ....

Lintas seketika di sudut hati........
Tuhan insan ini akan berjaya...........

Banyak tikaman insan ini telah rasa .....
Masanya untuk pulih semula .......
Cuba menjadi penawar semua .....
Membaiki lubang kecacatan untuk mencari rakan karibnya  ......

Minda yang biasa dikuasai hawa nafsu...

Terdetik di hati , inikah dimana coretan baru bermula ...

Sudah , bangun semula ........
Aku tak mahu semua ini lagi ...
Biar masa yang ku sia siakan  pergi ....
Sebanyak mana aku tergelincir aku tidak akan pahat di hati ...

Percayalah teman ,
Dimana kau berdiri.......
Ada sesuatu yang menanti ....

Percayalah teman ,
Dimana kau tinggal ....
Kau tidak akan berasa janggal....

Dan percayalah teman,
Jika kau sunyi ....
Tiada tempat yang lain untuk kau mengadu selain ilahi....

HEY !!!

Tujuan blog ini adalah untuk menceritakan tentang serang insan yang sedang mencari kehidupan sebenar...........
Harap gembira .....